Sunday 12 February 2017

3 FAKTA Resume anda Parah!


Sebelum ini kita sudah berbincang berkenaan dengan resume yang gagal mendapat perhatna para majikan. Bagi mengambil hati majikan, kita seharusnya mencedok ilmu dari yang pakar berkenaan isu ini.


Berikut merupakan tanda- tanda yang menunjukkan anda perlukan seorang Mentor dalam Resume.


1. Anda UPAH Orang Lain untuk buatkan Resume anda



Ramai graduan nak kerja mudah jadi mereka upah sahaja orang lain untuk tuliskan resume mereka. Hasilnya, ya resume anda siap. Tapi, bila tiba hari temuduga, anda terus kehilangan kata- kata dan idea. Hal ini kerana anda tidak memahami dengan jelas resume anda sendiri.


Bila ini terjadi, bakal majikan akan terus hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. 



2. Penulisan yang berulang- ulang.



Apabila anda menulis resume, terlalu banyak ayat yang berulang seperti 

- Saya boleh..
- Saya boleh..
- Saya juga boleh...

Di sini penggunaan ayat yang berulang akan menunjukkan bahawa anda seorang yang malas untuk belajar dalam penggunaan ayat yang lebih profesional. Bakal majikan akan merasakan anda seorang yang tidak produktif dan kurang inovasi.



3. Tajuk emel tidak sesuai


Kini, segala- galanya adalah secara online. Kadangkala kita boleh tahu jawatan kosong melalui portal Instagram, Facebook , Twitter dan lain -lain. Disebabkan portal- portal merupakan laman sosial yang santai, ramai merasakan mereka juga akan santai dalam memohon kerja.


Lebih -lebih lagi apabila yang menawarkan jawatan kosong tersebut merupakan kenalan anda. Berikut merupakan contoh yang teah berlaku;


- Tiada tajuk emel. 
- Tajuk emel tidak serius seperti, " Nak kerja "/ " Mohon Kerja"
- Ayat di dalam emel yang tidak serius, " Hai, saya yang komen di Instagram encik. Ini resume saya. "


Dan ada bermacam ragam lagi. Harus diingat anda sedang memohon kerja bukan bermain batu seremban. Apabila hal di atas berlaku, bakal majikan merasakan anda tidak cukup serius untuk mahu bekerja dengan mereka dan resume anda bakal dibuang sahaja tanpa dilihat terlebih dahulu..



Begitulah Kesilapan- kesilapan besar dalam Penulisan Resume.
Kadangkala bukan kerana syarikat tidak mahu mengambil bekerja, tetapi oleh kerana sikap graduan sendiri yang terlalu KEDEKUT dalam menuntut ilmu bagi memperbaiki Resume mereka.

=======================================================================



Semua perkara di atas anda boleh dapatkan dengan menyertai Bengkel Eksklusif Resume bersama dengan PAKAR RESUME NO 1 MALAYSIA; MR HANS TOH.



Tempah SLOT secara PERCUMA sekarang !


Tarikh   : 18 FEBRUARI 2017

Masa     :  9.00 pagi - 12.00 Tengah Hari

Tempat  : Excel Minds Consultancy, Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Yuran     : PERCUMA !



Daftar sekarang di :


==========================================================

Anda juga berpeluang untuk MENANGI :

  •  Premium Resume Infografik (RM 30)

  •   Sesi COACHING Resume dan Interview Skill 
             (bernilai RM 80)

  •   Buku ' GET HIRED ' oleh Mr Hans Toh ; Buku Rujukan Kerjaya Impian  ( bernilai RM 25 )

  •   MUG Eksklusif dari Excel Minds Consultancy 



Daftar sekarang di :




Hubungi 03- 7722 5927 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Followers

Like Our FB Pages

Follow Us at Instagram

Contact Us

Telephone : (+603) 7722 2427
Email : info@excelminds.com.my
Website: www.excelminds.com.my


Visit Us

Excel Minds Consultancy Sdn Bhd
W301 West Wing Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.