Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.
Dalam entri sebelum ini, kita ada sebut tentang KOIL di Terengganu.
KOIL,atau nama penuhnya Kemaman Open Innovation Lab terletak di Kemasik, Terengganu.
Gambar di atas merupakan bahagian depan KOIL. Konsep asal adalah sama seperti Pusat Internet 1 Malaysia, TAPI.. KOIL telah memberi nafas baru pada konsep pusat internet. Hiasan dalamannya lebih santai dan mesra-remaja. Tapi, itu bukan tarikan utama KOIL.
Berikut adalah TARIKAN sebenar KOIL.
Dengan yuran pendaftaran seumur hidup yang sangat rendah pasti memberi lebih manfaat kepada penduduk berdekatan bagi mendapatkan akses jalur lebar.
Apa yang lebih menarik, KOIL juga menerima jika anda ingin membuat majlis seperti pertandingan yang melibatkan komputer dengan kadar yang sama! Jadi, in pasti akan memberi kelebihan yang lebih buat anda kerana kos yang perlu dikeluarkan adalah rendah dan sangat berpatutan.
Ini membuatkan kami di pihak EMC berasa sangat kagum dan bangga dengan kemudahan yang telah disediakan bagi kegunaan rakyat.
Jika anda ingin tahu lebih mengenai KOIL, sila lawati laman ini.
No comments:
Post a Comment