Sunday 5 March 2017

5 SEBAB Pekerja BERHENTI KERJA walaupun mereka Sukakan Kerja Mereka






Kehilangan pekerja yang bagus adalah merupakan satu mimpi ngeri kepada para majikan. Hal ini berikutan mereka perlu mengeluarkan sejumlah besar kos untuk mencari dan melatih pengganti. Malah, 'ketidakpastian'' cara kerja pengganti tersebut adalah merupakan satu isu kepada para majikan.


Walaupun sebenarnya ada sebab yang kukuh; terdapat peluang lebih baik, mereka tidak sesuai untuk syarikat atau terpaksa berpindah atas sebab peribadi. Walau apa pun sebabnya, kehilangan pekerja yang baik adalah tetap buruk bagi sesebuah syarikat.


Selain dari sebab- sebab di atas, apakah lagi sebab lain yang menjurus kepada situasi  di atas?


Setiap majikan wajib memahami sebab-sebab staf mereka meninggalkan syarikat.


1. MENDATAR

Setiap individu sebenarnya tidak mahu terkunci dalam satu posisi yang sama selama 10- 20 tahun tanpa nilai peningkatan dalam kehidupan mereka. Mungkin ya, gaji meningkat. Tetapi, mereka juga mahu peningkatan nilai dari sudut skop kerja dan pengetahuan. 

Katakan mereka bekerja di bahagian gudang dan menjaga stok keluar masuk dengan pembekal, mereka pasti mahukan satu perubahan dalam diri mereka selepas 2-3 tahun. Jadi, majikan sepatutnya prihatin ke atas isu ini dan berikan mereka latihan berkaitan dengan pembekal seperti;

Obtaining & Selecting Suppliers
Specifying Requirements for Suppliers

dalam International Certification in Supply Chain Management


2. OVERWORK

Walaupun pekerja tersebut sukakan kerja mereka, kerja yang berlebihan yakni, kerja lebih masa dan hujung minggu sebenarnya agak menyesakkan. Kebiasaannya; pekerja yang anda percayai, yang paling bagus adalah pekerja yang paling banyak anda sesakkan dengan kerja.

Perkara ini akan membuatkan mereka kehilangan nilai dalam kehidupan mereka.


3. VISI YANG KABUR

Tiada apa yang lebih mengecewakan bagi seorang pekerja yang berdedikasi apabila tiada visi yang jelas untuk dicapai. Objektif untuk dirinya, objektif untuk syarikat tidak begitu jelas menyebabkan mereka kehilangan arah dan terus beralih arah ke tempat lain.


4. KURANG PENGIKTIRAFAN

Apabila majikan kurang memberi pengiktirafan kepada pekerja, majikan juga akan kurang memberi motivasi lalu menyebabkan pekerja berasa kurang dihargai dan kurang keyakinan diri.

Atas sebab begini, pekerja akan hilang motivasi bekerja dan beralih arah.


5. KEUNTUNGAN VS PEKERJA

Semestinya keuntungan sangat penting bagi sesebuah syarikat. Tetapi, jika hanya keuntungan yang dipentingkan daripada nilai pekerja itu sendiri, ini pasti menimbulkan masalah. Hal ini kerana keuntungan yang diperoleh bergantung juga kepada soal, "Siapa yang melakukan kerja".


=================================================================


Jika anda mempunyai syarikat dan berminat untuk menjalani latihan International Certification in Supply Chain Management

sila emelkan pertanyaan anda ke contactus@excelminds.com.my

No comments:

Post a Comment

Followers

Like Our FB Pages

Follow Us at Instagram

Contact Us

Telephone : (+603) 7722 2427
Email : info@excelminds.com.my
Website: www.excelminds.com.my


Visit Us

Excel Minds Consultancy Sdn Bhd
W301 West Wing Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.