Setiap syarikat pastinya mahu produk/ servis mereka terjual dengan banyak dan baik. Maka, pelbagai teknik/ cara marketing atau pemasaran yang dilakukan.
Antara gaya oldschool adalah, mengupah jurujual atau kita kenali dalam dunia korporat sebagai Business Development Executive.
Namun begitu, tahukah anda terdapat 3 Cara Utama dalam Pemasaran Bisnes anda?
1. MEDIA SOSIAL
- Tidak dinafikan penggunaan media sosial semakin meluas. Kini, boleh dikatan 70% syarikat korporat sekurang- kurangnya akan mempunyai laman sosial Facebook, kedua Instagram dan ketiga Twitter. Juga, usah dilupakan Linked In!
Media sosial merupakan satu medium di mana pengguna dalam keadaan relaks dan santai. Setiap post anda haruslah sedikit 'bermain dengan emosi' supaya emosi pengguna dalam keadaan relaks tersebut akan sedikit terusik agar mereka ingat kepada anda.
Ambil saja contoh Dato' Vida! Atau untuk dunia korporat, video Raya Petronas yang senantiasa mengusik emosi pengguna laman sosial.
2. PERGI KURSUS 'SALES & MARKETING'
- Walau anda punya 1000 orang jurujual/ agen sekalipun tetapi seandainya mereka tidak diberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam teknik pemasaran beremosi, pasti teknik marketing anda akan suram juga.
Hantarkan jurujual/ salesperson anda ke program "Subliminal Persuasion for Better Sales" sama ada inhouse atau public course. Teknik pemasaran yang baik adalah apabila kita bermain dengan emosi!
3. ASAH SKIL DENGAN BIMBINGAN MENTOR
- Seringkali kita mendengar ungkapan "Experience is the best teacher". Namun, sebelum mempunyai pengalaman tersebut, bimbingan yang tepat perlulah di berikan kepada mereka.
Skil pemasaran dan penjualan adalah dua cabang yang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, setiap syarikat perlu sedar akan keperluan ini.
Jika hanya hebat pemasaran, tetapi gagal dalam penjualan, tiada guna juga kan ya?
========================================================================
Daftar program "in house" ; Subliminal Persuasion for Better Sales
Hubungi kami di
03 -2106 5431 (Idati/ Afiqah)
03- 7722 5927 (Fadzlina / Amalina)
No comments:
Post a Comment